Wednesday, December 30, 2015

kehidupan




Benar sekali sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
Bersempena dengan itu juga, kurangkanlah mengadu atau meminta simpati kepada manusia.
Mereka bukan sahaja mudah jemu mendengar kita mengadu, bahkan balasan katanya juga boleh jadi pahit bagai hempedu!
Bentangkan sejadah.
Dia Teman sejatimu…

Tuesday, December 15, 2015

Perancangan ALLAH Buat Aku

ALLAH....
Perancangannya terhadap hambaNya terlalu indah untuk digambarkan, tidak terbayang diingatan....
Segala yang telah diatur amat baik...
Namun mengapa hati sering lupa akan perancangan Allah itu amat baik buat setiap hambaNya..
Sesungguhnya aku hambaMu yang sangat - sangat lemah...
Adakala aku lelah dalam melalui kehidupan ini...
Aku sangat - sangat lemah...
Doaku semoga Engkau meminjamkan aku sedikit kekuatan dalam keimanan, ketaqwaan, dan kesabaran dalam menjalani kehidupan yang telah ditulis buat aku hambaMu...
Sesungguhnya Engkau telah menyaksikan jatuh bangun sepanjang kehidupanku yang telah lalu...
dan...
Hanya Engkau yang Maha mengehtahui apa yang bakal aku lalui di hari - hari yang mendatang....
KepadaMu aku mengadu kerana ku tahu kepadaMu tempat aku kembali yang kekal abadi...
Semoga Engkau tidak membalikkan hatiku dari jalanMu Ya Rahman...
Semoga aku terus istiqamah demi menjadi hamba yang Engkau kasihi....
Aku HambaMu Yang Lemah.......

Tuesday, December 1, 2015

Ujian kecil DariNya

Assalamualaikum....
Kerana Pulut, Santan Binasa....
Kerana Mulut, Badan Binasa....
TAPI...
Kalau kerana mulut orang lain badan kita yang binasa apa kes??????????
Sabarlah HATI di saat ini ALLAH sedang "berbicara kepadamu"...
Setiap Ujian dariNya, jika ditanggani dengan kesabaran PASTI akan baik akhirnya...
Ya ALLAH aku mohon diberi kekuatan dalam keimanan, kesabaran, ketaqwaan....
KepadaMu aku mengadu kerana ku yakin setiap sesuatu itu berlaku dengan keizinan dariMU..

BERTABAHLAH WAHAI HATI.

Thursday, November 19, 2015

Bila sampai hujung nyawa...

Assalamualaikum,
Merenung sebuah kematian....
Sesuatu yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa....
Menjadi tanda tanya kepada sesiapa yang mengingatinya..
BILA....
DIMANA....
BAGAIMANA......
Jawapannya
Hanya ALLAH yang tahu....
Biarlah ia menjadi rahsia Allah....

         “Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. [Al-Jumu’ah: 8]”

Andai tiba ajalku......
Ku mohon.....
Walau siapa pun yang Allah telah takdirkan menguruskan jenazahku,
Samaada Ahli keluargaku, sahabat - sahabatku, jiran - jiranku atau sesiapa  jua pun,
Uruskanlah dengan lemah lembut...
Tutuplah auratku dari pandangan bukan muhrimku....
Simpan semua aibku....
kemaskan kain kafanku....
Kerana pada masa itu, rohku telah berpisah dari jasad dan.....
Aku tidak lagi berdaya untuk menjaga diriku sendiri...
Aku tidak lagi berdaya menutup auratku..
Aku tidak lagi berdaya menyimpan aibku....
Aku takut dengan amalanku yang sedikit...
Sesungguhnya aku lemah....
Terima kasih...
Pada masa itu, aku tidak lagi mampu untuk membalas jasa kalian,
Yakinlah Allah PASTI akan memberi ganjaran buat JASA kalian kepada saya hambaNya ini....
MATI ITU PASTI....

Thursday, May 7, 2015

Hati kurniaan Ilahi....

Assalamualaikum pembuka bicara.....
tetiba terasa nak menulis pulak, dah lama tak menulis......
Ada masa tak de idea,
Ada idea tak de masa,
Segalanya milik Allah S.W.T.....
atas kelemahan diri dalam menguruskan masa yang diberi....
Sukar sekali mendidik HATI supaya sentiasa mensyukuri apa yang diberi...
Sering mencari kelemahan dan kekurangan diri....
Allah Maha Pengasihani....
Pasti kepadanya tempat kita kembali......

Tuesday, June 12, 2012

Assalamualaikum!
Semalam niat di hati nak tidur awal, tapi.......
   Keluar dari office 5.30 petang. Sampai di rumah dalam pukul 6.10 petang.Letak beg terus bergegas simpan susu dalam peti ais ( sebab anak saya EBM sepenuhnya ).Keluarkan ikan untuk masak makan malam. Sementara tu, mandikan si kakak, selesai si kakak bersiap, mula memasak dan selesai memasak dalam pukul 7.00 malam.
   Mandi, sementara nak tunggu maghrib angkat kain di ampaian, lepas maghrib lipat kain. Selesai tu gosok baju sekolah si abang dengan baju kerja aku. Suami balik dari surau solat isyak baru makan malam, selesai basuh pinggan dan kemas dapur dalam pukul 9.15 malam.
   Masuk bilik ingat nak baring, si kecil pulak jaga nak susu, menyusukan dia, sambil tu fikir apa lagi yang tak buat. Selesai bagi si kecil susu, kemaskan beg untuk anak- anak ke nursery esok, si abang pulak nak minta tolong ajar dia buat homework.ding dong ding dong sampai pukul 10.30 malam.
   Masuk bilik nak baring, rasa dahaga pulak nak pegi minum, tengok air dalam termos dah kering, masak air dulu, takut pagi esok kelam kabut pulak nak buat air bekal.teringat kain kat mesin basuh tak bersidai, pergi sidaikan dulu. Masa nak sidai kain nampak lantai tak bersapu. Sapu pulak dulu......
   Baru nak baring si kecilku bangun pulak, tak nak tidur nak main-main (sebab dia dah puas tidur) layan la,
sekali kerling kat jam dinding, rupanya dah pukul 1 pagi...
Awalnya aku tidur......
Rasa macam baru pejamkan mata jam dah berbunyi...dah 4.30 pagi.......
Adakah ibu-ibu yang lain pun macam aku ?
Adakah pembahagian masa aku tak betul ?
Tak tau di mana silapnya.....
moral of the story, tak yah la nak niat tidur awal dah lepas ni.....

Thursday, June 7, 2012

Dah lama menghilangkan diri lantaran kesibukkan dalam menjalani kehidupan ini. RahmatMu tak pernah putus kepada hambaMu yang serba lemah ini.
Ampunkan Aku yang sentiasa meminta-minta nikmat dariMu.
Jadikan Aku sebagai hamba yang sentiasa mensyukuri segala nikmat dan RahmatMu.